Tuesday 31 December 2013

Review gadjet : Samsung Galaxy Camera

Holla guys ,
Untuk entry kali ni , nak share sikit pasal Samsung Galaxy Camera (tekan link nie )




Ramai gak kawan aku yang tanya aku guna kamera apa untuk ambil gambar . So jawapannya adalah Samsung Galaxy Camera . Tapi bagi aku , aku tak pernah panggil benda alah ni kamera sebab aku panggil die phone . Kenapa ? Sebab function dia sama macam phone just tak boleh call je . Awesome kan ? It means phone ni boleh digunakan untuk mesej , main game , wechat , whatsapp and blablabla . Tak percaya ? Meh nak tunjuk . Ni semua screenshot dari phone galaxy camera tuh .


Screen lock
 Haa . Dah percaya belum ? Kalau belum lagi , meh nak tunjuk pulak quality gambar dia . Phone nie memiliki kamera 16 Megapixel dengan 21x optical zoom . Nie contoh2 gambar dia

Gunakan Samsung Galaxy Camera . ( guna Smart untuk Food :D )

Gambar ni guna Iphone 4s

Gunakan Samsung Galaxy Camera

Guna Samsung Galaxy Camera

Berdasarkan 6 gambar dekat atas , 3 gambar guna Samsung Galaxy Camera and 3 gambar lagi menggunakan Samsung Ace Plus dan Sony Experia J . Untuk orang macam aku , aku tak berapa gemar dengan kamera dslr semua tu sebab leceh nak angkut . So Galaxy Camera lah paling sesuai sebab bukan sekadar phone or kamera semata . Harga pun sekarang dah turun dalam RM14++ dah boleh dapat dah . Berbaloi kan ?

 Lupa pulak nak cakap , semua gambar di atas NON-EDIT ye . Original semua tu . Furthermore , video dia juga ada 3 format which is original , HD and Full HD tau ! So apa pendapat korang ? Gadjet apa paling best and awesome ?Bagi aku , Samsung Galaxy Camera la . Hihi . Take care guys :)

Saturday 21 December 2013

HANM's Day :)

Holla guys ,

Semalam 20.12.2013 finally dapat jugak HANM's berkumpul :)
Punyalah excited , almaklumlah dah lama tak jumpa kan . Mula-mula ingat nak pergi tengok Frozen , aku ada preview cerita tu dekat SINI . Tapi dekat BPMall takde so just berjalan jela .

Aku dengan Tqa memang pantang nampak arcade game so kitorang pun masuk lah situ . Tukar token then maen ambil gambar dekat purikura . Purikura tu mesin ambil gambar segera tu . Harga yang kitorang pilih adalah RM12 . Not bad la , memang puas hati dengan effect dia semua . So tengok jelah gambar ye :)

comel kan beg doraemon tuh :D

banyak tak token ? hehe


 Tu jela gambar yang nak dishare . Yang lain semua simpanan peribadi . Ngeh3


Take care guys :)

Thursday 12 December 2013

Review movie : FROZEN

Haritu aku dengan AH pergi tengok movie . Kitorang agak blur either nak tengok Hunger Games:Catching Fire or Frozen and lastly kitorang choosed Frozen sebab start tengok trailer dia aku dah tergedik2 nak tengok cerita tuh . hehe . And nie sinopsis untuk movie nie

Movie ni mengisahkan tentang dua beradik Elsa dan Anna . Elsa mempunyai kuasa magik iaitu ais yang power . Masa kecik , masa dorang tengah main , Elsa secara tak sengaja cederakan adik dia , Anna . So dari peristiwa tu , dia kena sorok rahsia yang dia ada power tuh . Parents dorang pergi berlayar and mati sebab kena ribut . And start dari situ lah kisah dorang bermula . Movie ni gak ada banyak unsur macam muzikal tapi tak rugi sebab lagu dia semua sedap and best ! Marsha pun ada nyanyi lagu tema cerita ni , Let It Go dalam version Malay entitled 'Bebaskan' . Untuk lagu Let It Go ada 2 version , satu Demi Lovato nyanyi and satu lagi Idina Menzen , pelakon suara untuk watak Elsa . And link kat bawah nie nyanyian dari Idina Menzel :)    .

Let It Go - Idina Menzel   , Bebaskan - Marsha Milan Londoh


Bagi aku , movie ni layak dapat 9/10 . Why ?
  • Jalan cerita yang menarik
  • Music and sound yang menarik
  • Characters yang cute and adorable
  • Teknik CGI yang awesome ! 
So why not sempena cuti sekolah ni ramai2 pergi singgah cinema untuk tonton cerita ni ? Berbaloi tau !

Nama dia nie Olaf . Snowman dalam movie ni . hihi cute sangattt >.< !