Tuesday, 8 December 2015

#eylacarimakan : GEEK OUT CAFE

Hi !

Harini nak share tempat makan yang best dengan korang dekat area damansara ni.
 Pernah dengar tak about GEEK OUT CAFE ? Siapa yang tak pernah try , memang patut try sebab tempat ni unique and special.Nak tahu kenapa ? Sebab cafe ni penuh dengan action figures and comics yang bertemakan superhero and star wars. 


Address: 19, Jalan PJU 5/10, Pju 1, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
 
 
Enjoy the pictures !
View dalam kedai


Menu

My foods : Mana potion (RM9) , mushroom soup(RM6)
Chicken chop (RM18)

:)

Collection action figures






So far , memang affordable and berbaloi makan dekat sini . Portion dia quite large and service mantap! For geeks out there, you guys must come to this cafe okay ! The only place where the geeks can be a geek. 


See you soon !


BTW, boleh check out another cafe suggestions through my instagram by using #eylacarimakan and #eylajelajahkl okayy

Friday, 4 December 2015

hi ?

Hi semua,

rasa macam baru je lagi post tentang result semester 3 tu kan, rupanya dah dekat setahun lebih dah.
gila lah, busy betul kot aku masa dekat kolej sebelum ni sampai tak sempat langsung nak jenguk blog ni.

so, I'm back ! and this time for good and forever .


Sunday, 23 February 2014

DORAEMON + VARSITY = HAPPYYYY !!!

Hye guys .

Phewww lama bebeno tak update blog kan . Entah korang ingat lagi ke tidak dengan blog Dorachan nie . Huk3 .

Semalam masa kitorang tengah kelas Ethics , Bunchit (bukan nama sebenar) beritahu dia ada nampak phone Doraemon dekat Kluang Parade . Price range dalam RM200 camtu . Aku dengar pun dah excited and kebetulan petang takde kelas , so terus lah pergi Kluang dengan Raz and Nisya . Keluarkan duit elaun dalam RM150 then campur duit hasil jualan kek batik yang masih ada , RM50 . Apa yang jadi kat sana malas nak cerita , yang pentinggggg . TADAAAA !!!

 sory malas nak rotate . HAHA

Then , baju yang kitorang order dah sampai . Baju apa ? VARSITY guys !!!
Serious lawa teramat and sangat comfortable bila pakai . Kain tak panas . So malam tu terus kitorang buat photoshoot kat bilik TV . So tengok jelah gambar yang ada ye .















muka budak jakun dapat baju varsity . haha

P/S : siapa dapat teka aku yang mana , aku bagi doploh sen . haha

Take care , guys !

Tuesday, 31 December 2013

Review gadjet : Samsung Galaxy Camera

Holla guys ,
Untuk entry kali ni , nak share sikit pasal Samsung Galaxy Camera (tekan link nie )




Ramai gak kawan aku yang tanya aku guna kamera apa untuk ambil gambar . So jawapannya adalah Samsung Galaxy Camera . Tapi bagi aku , aku tak pernah panggil benda alah ni kamera sebab aku panggil die phone . Kenapa ? Sebab function dia sama macam phone just tak boleh call je . Awesome kan ? It means phone ni boleh digunakan untuk mesej , main game , wechat , whatsapp and blablabla . Tak percaya ? Meh nak tunjuk . Ni semua screenshot dari phone galaxy camera tuh .


Screen lock
 Haa . Dah percaya belum ? Kalau belum lagi , meh nak tunjuk pulak quality gambar dia . Phone nie memiliki kamera 16 Megapixel dengan 21x optical zoom . Nie contoh2 gambar dia

Gunakan Samsung Galaxy Camera . ( guna Smart untuk Food :D )

Gambar ni guna Iphone 4s

Gunakan Samsung Galaxy Camera

Guna Samsung Galaxy Camera

Berdasarkan 6 gambar dekat atas , 3 gambar guna Samsung Galaxy Camera and 3 gambar lagi menggunakan Samsung Ace Plus dan Sony Experia J . Untuk orang macam aku , aku tak berapa gemar dengan kamera dslr semua tu sebab leceh nak angkut . So Galaxy Camera lah paling sesuai sebab bukan sekadar phone or kamera semata . Harga pun sekarang dah turun dalam RM14++ dah boleh dapat dah . Berbaloi kan ?

 Lupa pulak nak cakap , semua gambar di atas NON-EDIT ye . Original semua tu . Furthermore , video dia juga ada 3 format which is original , HD and Full HD tau ! So apa pendapat korang ? Gadjet apa paling best and awesome ?Bagi aku , Samsung Galaxy Camera la . Hihi . Take care guys :)

Saturday, 21 December 2013

HANM's Day :)

Holla guys ,

Semalam 20.12.2013 finally dapat jugak HANM's berkumpul :)
Punyalah excited , almaklumlah dah lama tak jumpa kan . Mula-mula ingat nak pergi tengok Frozen , aku ada preview cerita tu dekat SINI . Tapi dekat BPMall takde so just berjalan jela .

Aku dengan Tqa memang pantang nampak arcade game so kitorang pun masuk lah situ . Tukar token then maen ambil gambar dekat purikura . Purikura tu mesin ambil gambar segera tu . Harga yang kitorang pilih adalah RM12 . Not bad la , memang puas hati dengan effect dia semua . So tengok jelah gambar ye :)

comel kan beg doraemon tuh :D

banyak tak token ? hehe


 Tu jela gambar yang nak dishare . Yang lain semua simpanan peribadi . Ngeh3


Take care guys :)

Thursday, 12 December 2013

Review movie : FROZEN

Haritu aku dengan AH pergi tengok movie . Kitorang agak blur either nak tengok Hunger Games:Catching Fire or Frozen and lastly kitorang choosed Frozen sebab start tengok trailer dia aku dah tergedik2 nak tengok cerita tuh . hehe . And nie sinopsis untuk movie nie

Movie ni mengisahkan tentang dua beradik Elsa dan Anna . Elsa mempunyai kuasa magik iaitu ais yang power . Masa kecik , masa dorang tengah main , Elsa secara tak sengaja cederakan adik dia , Anna . So dari peristiwa tu , dia kena sorok rahsia yang dia ada power tuh . Parents dorang pergi berlayar and mati sebab kena ribut . And start dari situ lah kisah dorang bermula . Movie ni gak ada banyak unsur macam muzikal tapi tak rugi sebab lagu dia semua sedap and best ! Marsha pun ada nyanyi lagu tema cerita ni , Let It Go dalam version Malay entitled 'Bebaskan' . Untuk lagu Let It Go ada 2 version , satu Demi Lovato nyanyi and satu lagi Idina Menzen , pelakon suara untuk watak Elsa . And link kat bawah nie nyanyian dari Idina Menzel :)    .

Let It Go - Idina Menzel   , Bebaskan - Marsha Milan Londoh


Bagi aku , movie ni layak dapat 9/10 . Why ?
  • Jalan cerita yang menarik
  • Music and sound yang menarik
  • Characters yang cute and adorable
  • Teknik CGI yang awesome ! 
So why not sempena cuti sekolah ni ramai2 pergi singgah cinema untuk tonton cerita ni ? Berbaloi tau !

Nama dia nie Olaf . Snowman dalam movie ni . hihi cute sangattt >.< !


Monday, 2 September 2013

new life , new hope , new journey

bertarikh 2.08.2013 , pukul 10.17 p.m . dapat juga eyla siapkan blog yang entah ke berapa nie . Insyaallah akan serious dengan blog yang nie :)